Anak Tudung Tak Selesa? Tips Ni Boleh Bantu Anda

Anak tudung merupakan satu aksesori yang wajib bagi wanita yang memakai tudung. Tapi pemilihan anak tudung yang salah akan membuatkan anda rasa tidak selesa memakainya. Dalam artikel ini Kak Emma nak kongsikan kepada anda beberapa tips untuk pilih anak tudung yang selesa untuk dipakai.


Siapa yang boleh nafikan peranan anak tudung sebagai aksesori wajib bagi wanita bertudung? Benda ini memang wajib dipakai kalau anda nak tudung yang anda pakai tu nampak kemas dan trendy.

Apa jadi kalau tak pakai anak tudung?

Ok kalau tak pakai anak tudung, rambut anda tu akan dapat dilihat dengan jelas disebalik tudung yang anda pakai tu. Lagi satu kan nampak buruk kalau dekat tudung anda tu tiba-tiba ada nampak rambut anda keluar daripada tudung anda.

Asal nak tutup aurat, tapi bila rambut tu nampak keluar dari celah-celah tudung kan dah dedahkan aurat pulak. Jadi mana tujuan utama tudung tu nak tutup aurat kalau dah nampak rambut keluar dari tudung?

Kalau rambut tu terjaga rapi ok jugak, tapi kalau rambut tu kusut atau rosak kan malu kalau semua orang tengok!

Ok mungkin ada yang tak pakai anak tudung ni sebab tak selesa dipakai. Gatal kepala, panas, berat, ketat dan macam-macam lagilah.

Kalau nak tahu, semua tu terjadi sebab anda tak pilih anak tudung anda dengan betul. Haaa... Sebab tu lah anak tudung yang anda pakai tu rasa tak selesa!

Nak pilih anak tudung, ikut tips yang Kak Emma share ni.

1. Pilih Material Yang Bagus

Memang semua orang nak berjimat, nak beli yang murah. Kalau boleh dapat free pun tak apa. Kak Emma tak cakap benda tu salah, tapi kalau dapat yang harga murah atau FREE memang best.

Tapi yang paling penting, selesa ke nak pakai? Cuba fikir, anda nak pakai tapi rasa tak selesa. Berbaloi tak anda beli dengan harga murah atau free tadi?

Yang paling penting bila nak pilih anak tudung ni adalah keselesaan bila memakai. Orang kata alah membeli menang memakai kan?

Jadi macam mana nak cari anak tudung yang selesa dipakai? Jawapannya mudah je. Kena cari material yang bagus, barulah sedap dipakai.

Macam mana nak tentukan material yang bagus tu? Ikut pengalaman Kak Emma sendiri, kalau nak cari material yang bagus tu, cari kain yang tak berat, stretchable dan paling penting sekali breathable.

Kenapa kena cari material yang macam ni? Senang cerita bila anda pakai, tak la rasa berat atas kepala, lepas tu tak pulak rasa anak tudung tu cengkam kepala anda. Yang breathable pulak untuk pastikan kulit anda boleh bernafas. Barulah tak rasa panas dan gatal-gatal atas kepala tu.

Macam mana? Setakat ni faham ke faham? Jom teruskan!

2. Pilih Design Yang Trendy

Yang ni yang paling Kak Emma sangat particular. Design yang nak dipakai tu ikut trend ke tak?

Kita sebagai wanita ni tak nak lah nanti orang kata nanti ketinggalan zaman pulak kan? Jadi pilihlah design yang sesuai dengan trend sekarang.

Contoh macam sekarang tengah trending dan viral pasal anak tudung Puffy Inner. Tak pernah dengar pasal Puffy Inner?

Alah... Yang inner boleh bagi efek sanggul tu. Yang kalau orang berambut pendek pakai boleh nampak macam ada sanggul yang natural bila pakai Puffy Inner ni.

Nak tengok design-design Puffy Inner yang gojes-gojes? Boleh tengok dekat website official Puffy Inner.


Dah ramai yang jatuh cinta lepas pakai Puffy Inner ni. Kak Emma pun salah seorang yang dah jatuh cinta dengan Puffy Inner ni.

3. Pilih Warna Yang Match Dengan Tudung

Ni pun penting untuk diambil perhatian. Jangan pakai inner yang tak match dengan warna tudung.

Kalau tudung yang anda pakai tu kain jenis jarang dan nipis, memang sangat penting untuk pilih warna inner yang sesuai dengan tudung tadi.

Contoh kalau tudung tadi warna cerah, janganlah pakai warna inner yang gelap atau hitam. Nanti nampak dalam tu. Sebaiknya carilah warna-warna yang cerah dan masuk dengan warna tudung tadi.

Tapi kalau tudung tu warna gelap dan tak jarang, gunalah warna apa pun asal selesa nak dipakai.

Tak tahu nak pilih warna apa, anda boleh tengok warna-warna yang ada dekat koleksi Puffy Inner. Ada banyak warna yang anda boleh padankan dengan tudung anda. Harga pun mampu milik.

Cukup kot 3 tips ni yang Kak Emma kongsikan dengan anda tentang macam mana nak cari anak tudung yang selesa dipakai.

Kalau anda nak cari inner yang best dan gojes boleh checkout Puffy Inner. Kak Emma memang recommend anda guna Puffy Inner ni sebab memang selesa dipakai.

Kenapa Kak Emma tahu? Sebab Kak Emma pun pakai Puffy Inner ni hari-hari!

Dulu pernah juga guna inner jenama lain, tapi bila try je Puffy Inner ni, Kak Emma terus jatuh cinta. Kalau keluar tak pakai Puffy Inner ni akan rasa tak lengkap dan confidence level Kak Emma tak tinggi.

Bila pakai Puffy Inner ni aura dia lain macam. Kak Emma rasa sangat confidence bila berhadapan dengan orang ramai sebab Kak Emma tahu yang my looks is perfect with Puffy Inner.

Anda boleh tengok testimoni-testimoni lain daripada pengguna Puffy Inner yang dah gunakannya.

Nak tahu lebih lanjut pasal Puffy Inner ni, boleh terus ke http://www.hijabfortraveller.com/shop.

Hanya anak tudung yang original sahaja daripada Hijab For Traveller ya!