Kami ditubuhkan pada Mac 2017. Bermula dengan 'humble' terpilih sebagai 'anak angkat bersama MARA', kami memulakan perjalanan menjual anak tudung bersanggul yang menjadi fenomena pada Januari 2017. Kuasa social media membantu mempopularkan anak tudung bersanggul yang kami namakan sebagai PUFFY INNER. Jemput baca BLOG kami.
Koleksi kami semakin bertambah kepada pelbagai jenis rekaan anak tudung yang lain dan juga produk yang berkaitan dengan 'Traveller'. Tapi kesemuanya memang selesa dan kualiti diperbuat daripada kain kapas yang terpilih sahaja.
Tahun 2020, Hijab For Traveller berjaya tersenarai sebagai Finalist untuk BizSmart Challenge bersama Alliance Bank. Daripada 600 calon, rezeki di pihak kami. Kami mula mengorak langkah lebih jauh dan mula lebih dikenali. Hikmah disebalik Pandemik Covid 19, kami dapat peluang mengenali syarikat-syarikat terkemuka seperti Sunway dan Alibaba.com serta Celcom dengan lebih dekat, atas usahasama diantara Alliance Bank dengan mereka
Hijab for Traveller juga terpilih sebagai Top 100 Start Up Istanbul dan berpeluang ke sana untuk mewakili Malaysia sebagai 'Duta Kecil' untuk membuat 'Pitching' di pentas dunia. Tetapi, kami terpaksa menolak kerana waktu yang sama berlangsungnya pertandingan pitching dengan Alliance Bank, yang berlangsung di negara kita. Insyallah, rezeki kami mungkin di lain kali.
Untuk terus melangkah ke hadapan dengan situasi yang berlaku di seluruh dunia, kami buat masa ini fokus kepada produk digital resipi kesihatan berpandukan amalan diet Keto. Hampir 200 resipi pemakanan sihat yang kesemuanya berbahasa Melayu ditulis oleh founder. Maklumat lanjut boleh layari instagram Dapur Keto Asia
Founder kami, Puan Emerilda Binti Sani, baru-baru ini ditemuramah oleh NST.com sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2021. Beliau seorang yang berfikiran kreatif dan sentiasa ada idea terbaru untuk memajukan perniagaan. Kenali beliau dan tahu apa yang beliau lakukan sepanjang tempoh Pandemik, agar perniagaan tidak terkubur.
Kami percaya jenama Hijab For Traveller akan terus berkembang dengan lebih maju dengan peluang-peluang yang ada.
Maju dengan kami. Kami amat alu-alukan pelajar 'Praktikal / Internship' untuk menyertai kami. Kami membuka peluang kepada semua walaupun jauh, kerana kami hanya praktikkan 100% kerja di online sahaja, bersesuaian dengan keadaan semasa. Boleh klik link di bawah untuk maklumat lanjut:
Latihan Praktikal Bersama Hijab for Traveller